
Ketahuilah bahawa bukan tanda setia kepada kawan dengan menyetujui mengenai perkara yang menyalahi kebenaran islam, bahkan wajib kamu tentang kebatilannya dan menasihatilah ia kerana Allah S.W.T. agar dia tidak meneruskan tindakannya yang bercanggah dengan agama.
Sebahagian daripada tanda ikhlas dan benar dalam bersahabat ialah amat gelisah hati, apabila tidak sehaluan perkara yang menyebabkan berbalah(mufaraqah) antara kedua pihak yang bersahabat.
Sempurna kesetiaan dalam persahabatan iaitu tunjukkan rasa dukacita dalam persahabatan andainya terpaksa bermufaraqah dengannya. Sedaya mungkin elakkan putus hubungan dengan sahabat.
Seperti dinyatakan oleh syair arab yang bermaksud: Didapati segala bencana yang menimpa pada sepanjang masa semuanya ringan untuk ditanggung, kecuali apabila terpaksa putus hubungan dengan sahabat yang rapat. (In:Harakah)
No comments:
Post a Comment